CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER
Tempat ni memang best tau... so sebelum aku cerita lebih panjang, jom aku kenalkan tempat ni di mana.
Nama memang pun agak pelik juga...tempat ni di negeri bawah bayu Sabah. Kalau dari Kota Kinabalu lebih kurang 10km je...tapi untuk lebih senang, rujuk je kat google..hehe..
Sebenarnya guys..aku dah beberapa kali ke sini sejak aku duduk kat Sabah.. so macam familiar lah tempat ni.
Kalau nak ke sini, tidak perlu guide pun...sebab tempat ni memang mesra tempat dan mudah untuk sampai sebab tepi jalan raya utama je. Mula-mula kita masuk, kenalah daftar iaitu RM3 sorang dan kalau nak sewa pondok RM20 sebuah. Boleh guna dari pagi hingga petang.
Sungai kat sini cetek dan berbatu-batu. Sangat sesuai untuk aktiviti sekeluarga. Tidak perlu bimbang sebab air tidak deras dan mudah untuk kita mengawasi anak-anak semasa berenang.
Lagi bestnya adalah air nya yang sangat sejuk dan jernih. Terasa sejuk hingga ke sum-sum (hahaha). Dapatlah menghilangkan penat bekerja sepanjang minggu lepas. Yang seronoknya juga dapat meluangkan masa dengan family. Bajet murah je.. mampu kita bayar.. cuma kalau nak makan-makan tu tambah sikit je lah.
Ok guys... ni pengalaman aku bawa family kat sini... boleh cuba ke sini khasnya yang tinggal berdekatan dengan Kota Kinabalu atau Tuaran. Alaa.. siapa pun boleh datang ke sini.. yang belum pernah google je.. memang jumpa..
Ok guys... ni pengalaman aku bawa family kat sini... boleh cuba ke sini khasnya yang tinggal berdekatan dengan Kota Kinabalu atau Tuaran. Alaa.. siapa pun boleh datang ke sini.. yang belum pernah google je.. memang jumpa..
#Penafian: Pendapat & review adalah sebagai konten dan info serta dilakukan secara sukarela.
Comments
Post a Comment