MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

 

Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan jolokan negeri di bawah bayu" kerana mempunyai pelbagai keindahan alam. Antaranya adalah keindahan pemandangan matahari terbenam yang sangat indah dan memukau. Lokasi yang terkenal di negeri ini seperti Pantai Tanjung Aru dan Tanjung Lipat. Manakala tempat yang aku share ini adalah Pantai Syahbandar Tuaran. Bagi pemburu pemandangan sunset , Pantai Syahbandar ini adalah sunset yang sangat memukau bagi aku.

Untuk sampai ke Pantai Syahbandar ini adalah lebih kurang 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu menuju ke Tuaran. Kita boleh menaiki grab, teksi mahupun memandu sendiri. Pantai ini juga dihubungi jalan raya hingga ke tepi pantai.

Lokasi Pantai Syahbandar ini tidak seramai pengunjung Pantai Tanjung Aru dan Pantai Tanjung Lipat tetapi jika berkunjung ke sini pasti meninggalkan kenangan indah kerana anda akan disajikan dengan pemandangan matahari yang sangat mengkagumkan.
Sangat indah dan memukau jiwa untuk dinikmati pemandangannya. Selain view yang memukau, pantainya luas dengan laut terbuka luas. Sesuai untuk seisi keluarga bersantai atau mandi-manda kerana pantai bersih, tiupan angin yang sejuk dan penduduk yang mesra.

Jika anda bernasib baik, kita akan melihat penunggang kuda bersiar-siar di pantai. Bagi yang berminat untuk menunggang kuda, perkhidmatan ada disediakan dengan dibantu oleh pengendali kuda. Ini kerana berdekatan dengan pantai ini ada Sabandar Leisure Rides. Kita juga boleh membeli makanan dan barang-barang perhiasan digerai-gerai berdekatan tepi pantai.
Sambil menikmati keindahan sunset, pengunjung boleh menghirup udara segar sambil bermain-main ombak laut yang kecil, menikmati deruam ombak, bunyi burung-burung dan bermain pasir. Pasir yang bersih dan meluas membolehkan kita lupa sejenak kesibukan kota dan kerja.
Kenangan ini pasti akan tidak luput sampai bila-bila, sunset yang indah dan memukau itu seolah-olah meminta anda berkunjung semula ke Pantai Syahbandar. Jangan lupa membawa kamera untuk merakamkan saat indah ini dengan mengambil gambar atau video untuk diabadikan sebagai kenangan dan ditunjukkan kepada kawan yang lain.

Ini anak gadis aku sedang mengayakan tersendiri semasa mengambil gambar di pantai ini. Keseronokan menikmati pantai dan deruan ombak sementara menunggu matahari terbenam. Walau awan hitam menjelma tetapi tidak menghalang untuk sinar keemasan datang menandakan waktu sunset tiba untuk dinikmati keindahannya.





Inilah kenangan terindah aku semasa berkunjung ke Pantai Syahbandar semata-mata untuk menikmati sunset yang memukau. Tidak rugi untuk berkunjung ke sini untuk merakamkan saat indah melihat keindahan alam. Bagi yang belum berkunjung ke sini, amat rugi kalau tidak singgah terutamanya saat sunset tiba di ufuk laut dengan sinaran cahaya bagaikan keemasan.

#Penafian: Pendapat & review adalah sebagai konten dan info serta dilakukan secara sukarela.

Comments

Popular posts from this blog

KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER