KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

 

Kesempatan ini saya hendak berkongsi tentang pengalaman dan keindahan ciptaan Tuhan di Abadi Fishing Platform Tuaran Sabah. Gambar-gambar yang aku kongsi ini adalah semasa aku memancing kat Abadi Fishing Platform. Sambil duduk-duduk menunggu pancing, aku ambillah gambar yang aku rasa sangat cantik dan perlu aku share dengan kamu orang.

Abadi Seafood Restaurant
Homestay & Fishing Platform
Terayung Tuaran Sabah

Waktu Operasi Restaurant
11.00 pagi - 10.00 malam
SETIAP ISNIN CUTI KECUALI PUBLIC HOLIDAY

Waktu Operasi Pancing
24 jam dibuka
SETIAP ISNIN CUTI KECUALI PUBLIC HOLIDAY

Ok  terus ja share pengalaman aku datang memancing ke sini. First, sebelum masuk kita perlu mendaftar di kaunter dengan yuran RM10 untuk aktiviti memancing. Tapi kalau hendak menjamu salera terus je masuk .

Kat Abadi Fishing Platform ini, bukan sahaja menyediakan platform untuk memancing, juga menyediakan restauran terapung dan juga homestay terapung. Sangat best dan mempunyai panorama yang sangat cantik. Next sharing nanti aku akan try share gambar-gambar makanan, restaurant dan homestay kat sini. Untuk kali ini aku fokus pengalaman memancing dulu.😂                                                                                                                                   

Nampak tak 3 batang joran aku sedang beraksi menunggu ikan sentap . So sambil-sambil tunggu tu aku terfikir untuk ambil gambar-gambar kat sini.

Platform ini sangat sesuai untuk kaki pancing. Sebab platform ini terapung di atas air sungai. Platform yang disediakan juga luas dan memanjang. Memudahkan kaki pancing memasang joran.

Platform berlantaikan papan dan penghadang juga diperbuat daripada kayu. Juga disediakan pondok-pondok untuk pemancing berehat. Sambil-sambil menunggu pancing mengena boleh juga pesan makanan. Sebab restauran juga beroperasi.



Ini adalah restauran terapung. Sangat cantik dan sesuai yang suka kelainan untuk menjamu salera. Gambar ini aku ambil waktu petang petang kira-kira jam 6. So nampak begitu cantik dan indah. Suasana angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi mood makan👍. Jadi apa lagi try lah untuk memancing sambil makan kat restauran sini.

Pemandangan restauran dari platform memancing.

Aku sedang menunggu joran di sentap ikan, seronok pula melihat tetamu yang berkunjung kat sini. Semakin petang semakin ramai yang datang. Mereka bukan sahaja hendak menjamu salera tetapi ingin menikmati suasana yang indah di sini.

Beginilah panorama waktu senja di Abadi Fishing Platform. Sambil memancing atau menikmati makanan kita disajikan juga dengan pemandangan matahari terbenam. Sangat indah dan terasa damai bila berada di sini. Walau keadaan sederhana, tetapi pengalaman menikmati keindahan alam itu yang sangat berharga. Sesekali juga kita diulit dengan ombak-ombak kecil yang menambahkan rencah suasana menarik dekat platform ini.

Guys.. sebenarnya kalau datang ke sini, kita disajikan pemandangan yang sangat indah. Rugi juga hari tu aku tidak sempat ambil gambar banyak. Sebab sibuk melayan joran aku tu😁. Di sebelah timur platform, kita akan nampak Banjaran Crocker dan puncak Gunung Kinabalu yang berbalam-balam waktu senja. Tambahan lagi nampak indah horizon matahari terbenam, fuhh.. sunset yang cantik.

Begitu indah ciptaan Tuhan. Sebab itu lah aku suka share pengalaman perjalanan aku kat blog. Saja sebagai mengabadikan kenangan dan tempat simpanan nota aku supaya tidak hilang😁 wah bermadah pula. Review ini adalah sukarela dan tidak berbayar. Just sharing dan untuk info sahaja. So kalau ada yang terkurang boleh rujuk kepada website atau facebook Abadi  Seafood Restaurant Homestay & Fishing Platform.

# Penafian : Pendapat dan review adalah untuk tujuan konten blog dan info serta dilakukan secara sukarela.

Comments

Popular posts from this blog

MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER