ARNAB VILLAGE KUNDASNG - TOP 10 TEMPAT YANG PERLU DIKUNJUNGI

Kredit : KundasangMy
Pintu Masuk dan kaunter pendaftaran Arnab Village

Antara top 10 tempat menarik di Sabah adalah Arnab Village Kundasang. Tempat ini walaupun jauh dari Bandar Kota Kinabalu, tetapi jika anda berkunjung ke kaki gunung Kinabalu amat rugi untuk tidak singgah di Arnab Village Kundasang. Lagi pula tempat ini boleh kita google lokasinya jika belum mahir ke tempat ini. So kesempatan ini, aku akan share pengalaman aku ke sini tahun lepas bersama-sama keluarga dengan memaparkan beberapa gambar yang sempat aku ambil. Jom.. kita sharing...
Anak perempuan aku sedang bergaya depan pintu masuk

Pintu Masuk Arnab Village
Depan pintu masuk, kami sekeluarga disambut oleh petugas dengan senyuman sambil mununjukkan arah tempat pendaftaran. Proses pendaftaran mudah dan cepat, kebetulan kami sampai masih awal. Sebelum kita dibenarkan masuk, perlu membayar yuran mengikut kadar yang ditetapkan. Bagi pelawat yang ingin masuk ke semua tempat iaitu Cat House, Arnab, Anggur Village dan Hamster World harga pakej adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 seorang untuk kanak-kanak. So tidak juga mahal. Tiada had masa bila berkunjung ke sini.
Sebaik sahaja kita masuk, ada petugas akan mengambil gambar kita sekeluarga sebagai kenang-kenangan. Gambar ini akan disambung secara online ke pusat operasinya. Gambar yang akan diambil itu diubahsuai dengan berlatar belakang pemandangan Gunung Kinabalu dan beberapa imej tambahan. Di hujung lawatan kita boleh ambil gambar tadi (tapi ada bayaran, aku tidak ingat berapa harganya). Kalau kita tidak ambil pun boleh, tapi rugilah tiada untuk kenangan.
Gambar kenangan yang aku screenshoot dari gambar asal yang aku beli

Taman Arnab Village
Sebenarnya kawasan ini tidak juga begitu luas, tetapi pemiliknya telah menyusun atur dengan menempatkan beberapa tempat yang menarik untuk kita kunjungi. Antaranya Taman Arnab, Cat House, Anggur Village, Hamster World dan beberapa pondok untuk berehat. Selain itu juga ada cafeteria dan tempat-tempat untuk kita mengambil gambar kenangan.
Kredit : Blog Orang Sabah /  Goranau
Sekumpulan arnab pelbagai warna sedang berkeliaran di Taman Arnab

Beri makan Arnab
Untuk kunjungan aku kali ini hanya tertumpu kepada Taman Arnab sahaja. Mungkin kesempatan lain aku akan bawa keluarga ke sini lagi dengan mengunjungi taman-taman yang lain dalam Arnab Village ini. Di Taman Arnab ini, kita boleh mendekati arnab-arnab kerana sangat jinak dan manja. Kita boleh membelai bulunya yang lembut dan gebu. Kita juga dibenarkan memberi makan arnab-arnab itu tetapi perlu lah membeli makanan dia dulu baru😀.
Kredit : Hello Sabah
Arnab sangat jinak dan mudah didekati terutama bila diberi makan.

Arnab jinak dan comel
Tidak rugi kalau kita sudah berada di Arnab Village kerana arnab-arnab yang berada di sini jinak dan comel. Bagi yang tidak pernah memegang arnab secara nyata, kita boleh pegang, usap-usap bulunya yang gebu dan boleh bergambar dengan arnab sambil mendukung atau memegangnya. Tentu akan meninggalkan kenangan yang terindah bila kita lihat gambar-gambar itu semula.
Anak gadis aku berasa teruja dapat mendekati dua ekor arnab yang comel

Seekor arnab yang comel sedang berehat dan menunggu kunjungan kita


Terasa happy dapat membelai arnab

Tempat Menarik Lain Taman Arnab Village
Selain daripada Taman Arnab, di Taman Arnab Village ini juga menyediakan tempat-tempat menarik yang lain. Misalnya arca, pondok dan patung-patung yang unik dan menarik. Di situ kita boleh mengabadikan kenangan kita semasa di Taman Arnab Village dengan mengambil gambar.

Patung Aladdin
Anak lelaki aku sedang bergambar di kasut dan topi Aladdin.


Sepasang kasut dan topi Aladdin ini juga menjadi daya tarikan untuk pengunjung yang datang. Gambar di atas anak lelaki sedang menggayakan pos nya di patung itu. Sangat cantik dan unik.

Kek Harijadi Gergasi

Dua Anak perempuan aku sedang berada di atas Kek Harijadi Gergasi

Taman Arnab Village juga menyediakan reflika Kek Harijadi Gergasi. Reflika kek ini sangat besar dan tinggi. Boleh memuatkan puluhan orang jika berdiri di atasnya. Di reka dengan pelbagai warna dan bentuk seperti kek yang sebenar. Kita boleh mengambil dari mana-mana sudut.

Reflika Pokok Kayu
Reflika pokok kayu dan rumah kecil

Reflika pokok kayu yang besar dan pondok di atasnya juga salah satu tarikan untuk pengunjung. Kita boleh naik ke atasnya kerana reflika pokok kayu ini seperti dibelah dan dibuat tangga. Walaupun ianya hanya sebuah replika, tetapi teknik pembuatan dan cat nya serasi seolah-olah seperti pokok kayu sebenar.

Reflika Patung
Reflika patung yang cantik dan unik

Patung-patung pelbagai bentuk dan jenis juga terdapat di Taman Arnab Village. Patung yang dibina dalam bentuk yang besar sangat sesuai untuk kita mengambil gambar sama ada kanak-kanak malah boleh memuatkan orang dewasa.

Ok guys.. nampak sangat unik dan sesuai untuk aktiviti hujung minggu sambil membawa keluarga ke sini. Pengunjung yang datang bebas untuk mengambil gambar, berjalan-jalan di persekitaran Taman Arnab Village dan juga kita boleh membeli kraftangan, cenderahati dan gambar yang diambil oleh petugas di sini.

# Penafian : Idea, penulisan dan gambar adalah semata-mata untuk konten serta dilakukan secara sukarela.

 

Comments

Popular posts from this blog

MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER