GEMPA BUMI BESAR BAKAL TERJADI DI MALAYSIA MENURUT PAKAR

 GEMPA BUMI BESAR BAKAL TERJADI DI MALAYSIA MENURUT PAKAR


Kredit : Iluminasi
Gempa bumi berlaku di Malaysia!!!!. Baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan para pakar mengatakan bahawa negara kita Malaysia tidak terkecuali akan berlakunya gempa bumi besar. Gempa bumi ini boleh menyebabkan kerosakan besar terhadap negara kita. Adakah kita mempercayai, adakah kita sudah bersedia, adakah kita tahu cara untuk menghadapinya dan adakah kita berserah saja kepada Tuhan?. Untuk konten kali ini, beberapa aspek kenapa berlaku, apakah persediaan dan bagaimana menghadapi bencana yang tidak terjangka akan berlaku di negara kita. Sebelum ini kita sering membaca bahawa negara kita Malaysia terletak pada zon selamat iaitu zon lingkaran api pasifik.

Menurut pakar iaitu Profesor Dr Azlan Adnan, Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memberi amaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa negara kita akan berlaku gempa bumi besar sehingga 7 magnitud. Berdasarkan kepada tragedi gempa bumi di luar negara, kekuatan gegaran 7 magnitud ini boleh menyebabkan becana besar seperti bagunan tinggi ranap, tanah runtuh dan merekah.  Perkara yang lebih dasyat lagi akan berlaku tsunami yang akan meranap di persekitaran pantai. Memang sangat menakutkan jika bencana ini benar-benar berlaku kepada Malaysia. Sebab kita tidak pernah mengalaminya secara nyata. Sebelum ini yang ada pun hanya goncangan-goncangan kecil sahaja. Yang paling besar pun berlaku di Sabah iaitu gunung Kinabalu pada tahun 2015 yang meyebabkan beberapa orang pelancong terkorban.

Mengapa gempa berlaku di Malaysia?
Menurut Profesor Dr Azlan Adnan, berdasarkan kajian dan pemerhatian penyelidikan mereka, Malaysia tidak terkecuali berlaku gempa bumi kerana ada berlaku subduction zone atau garis sesar besar plat bumi bergerak secara pugak di Sumetara. Menurut beliau, jika pergerakan ini berlaku akan menyebabkan pergerakan yang besar akan menyebabkan gempa bumi hingga mencecah 9.5 magnitud. Takut dan ngeri jika ini benar-benar berlaku. Adakah dunia ini tidak selamat didiami atau bumi sudah ke arah penghancuran iaitu Kiamat.

Kejadian ini boleh menjadi kenyataan berdasarkan kepada beberapa siri gegeran kecil di negara kita sejak akhir-akhir ini. Pada 5 Jun 2015, gempa bumi berskala 6.0 berlaku di daerah Ranau iaitu berpusat di Gunung Kinabalu mengakibat 18 nyawa terkorban dan rumah rosak. Antara kawasan lain yang sering berlaku gegeran kecil seperti Tawau, sandakah, Ranau, Beluran dan Pitas di negeri Sabah. Manakala di semananjung iaitu di Bukit Tinggi dan Janda Baik  negeri Pahang. Jadi dalam erti kata lain kekerapan gegaran kecil yang dirasa dalam negara kita seolah-olah memberi petanda awal gempa besar akan berlaku.

Walau bagaimanapun ada juga kelegaan kepada kita. Menurut Dr Azlan gemba bumi yang berlaku Turiyee dan Syria baru-baru ini tidak mempengaruhi pergerakan plat di kawasan Lingkaran Api Pasifik. Tetapi gegaran kuat yang berlaku Indonesia dan Filipina boleh mencetuskan gempa bumi di Malaysia khasnya di Sabah. Berdasarkan pendapat Profesor Dr Felix Tongkul seorang pakar Geologi Pusat Kajian Bencana Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) kebanyakkan gegeran yang berlaku banyak disumbangkan daripada gegeran  di beberapa kawasan Sabah. Oleh itu, sebaiknya kita perlu mempunyai pengetahuan luas untuk menghadapi dugaan ini bagi mengurangkan kesan bencana terutama kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda.

Persediaan awal menghadapi gempa bumi.
Sebagai orang yang belum arif tentang kejadian gempa bumi, perlu ada pengetahuan asas untuk menghadapi malapetaka yang akan terjadi. Antaranya adalah :

1. Membekalkan rakyat dengan pengetahuan asas gempa bumi
Kalau di negara Jepun, kanak-kanak memang diajar tentang fakta asas gempa bumi. Mereka didedahkan sejak dari bangku sekolah tentang cara-cara berlindung, bantuan kecemasan dan iktiar hidup. Begitu juga , sebelum terjadi lebih dasyat sebaiknya semua rakyat didedahkan seperti yang dilakukan negara Jepun. Sebaran maklumat boleh disampaikan melalui media, risalah dan wujudkan subjek di sekolah.
2. Melakukan revolusi terhadap bahan binaan terutamanya bangunan-bangunan, jambatan dan jalan yang hendak dibina. Bangunan perlu mempunyai sifat daya tahan terhadap gegaran yang berlaku. Ini sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan.
3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan yang boleh membantu penduduk berlindung ketika belaku gempa bumi. Walaupun berlaku kecemasan, pihak tertentu dapat memberi bantuan perubatan dan makanan untuk kawasan yang terjejas.
4. Melatih agensi-agensi tertentu seperto bomba, Rela dan agensi penyelamatan yang lain dengan berfokus juga kepada gempa bumi. Kita di Malaysia masih beruntung sebab agensi seumpama ini mempunyai pengalaman menyelamat mangsa gempa bumi yang berlaku di luar negara. Namun skill atau teknik penyelamatan boleh dikembang luas dalam semua aspek untuk menghadapi gempa bumi.

Menghadapi bencana secara menyeluruh.
Maksud menghadapi secara menyeluruh adalah, semua warga penduduk perlu mempunyai celik akal, sangat bermotivasi, tidak panik dan sedia meneruskan kehidupan selepas berlaku bencana. Perkara ini sangat penting kerana selalunya jika berlaku musibah terutama berlaku gempa bumi kuat, kerosakan dan kemalangan jiwa banyak berlaku. Tetapi jika semua rakyat siap siaga selalu, maka sekurang-kurang dapat mengurangkan risiko kerosakan dan kemalangan jiwa. Misalnya sentiasa bersedia, peka keadaan sekeliling dan salin bantu - membantu.

Peningkatan kesedaran terhadap bencana gempa bumi terutamanya sebelum, semasa dan selepas bencana memberi peluang penduduk menghadapi bencana khasnya kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku gempa bumi.

Kesimpualnya, bencana gempa bumi lambat laun akan berlaku juga. Cuma kita tidak tahu bila berlaku dan setakat mana kekuatan kesannya terhadap kita. Pergunakanlah apa sahaja yang ada misalnya gajet, internet dan apa sahaja yang boleh membantu kita mengetahui fakta asas, persediaan dan mengurangkan risiko bila berlaku gempa bumi. Dan jangan lupa kepada Tuhan untuk memohon perlindungan. Apa yang diramalkan itu adalah berdasarkan kepada saintifik tetapi Tuhan yang menentukannya.

#Penafian: Pendapat & idea adalah pandangan penulis sahaja untuk tujuan konten dan sharing.

Comments

Popular posts from this blog

MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER