JALAN-JALAN DI TAMU TUARAN
Sebelum aku tunjukkan gambar-gambar yang sempat aku ambil di Tamu Tuaran, aku perkenalkan dulu tempat dan info Tamu Tuaran. Nanti bila kau orang nak datang, dapatlah info sikit-sikit tentang Tamu Tuaran.
Ini adalah map lokasi Tamu Tuaran geng. Sebenarnya Tuaran adalah sebuah pekan besar yang terletak di Pantai Barat Laut Sabah. Tuaran terletak 34 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan ke Tuaran ini menggunakan jalan darat dan mudah sampai sama ada guna teksi, grab ataupun memandu sendiri.
Kalau diikutkan maklumat blog Majlis Daerah Tuaran, sebenarnya Tuaran tu berasal perkataan "TAWARAN" yang selalu dipertutur semasa proses tawar-menawar semasa jual beli di Tamu. Proses tawar- menawar inilah yang melekat nama "TUARAN" geng....
Petani yang berada di daerah ini menjual hasil tanaman mereka ke Tamu Tuaran. Aktiviti tamu bermula jam 5.00 setiap hujung minggu (Ahad).
Ok.. tu adalah serba sedikit info Tuaran,
Sekarang ni pula aku nak share gambar-gambar aktiviti jualan Tamu Tuaran. Jom... jangan tak lihat dan baca... rugi tau....
Geng... ini suasana Tamu... pelbagai barangan dijual kat sini.. dalam gambar ni barangan sayuran kampung.. best bagi yang suka sayuran kampung.
Peniaga menunggu pembeli
Paku- Pakis
Ubi Kayu
Madu Lebah Petualang yang sangat popular di Sabah
Dijual dengan harga berpatutan
Akar teratai. Sebenarnya aku pun kali pertama teratai
dijadikan sayuran. Mungkin boleh cuba guys..
Beg Bundle pun ada... |
Pakaian, kain dan topi bundle.. berkualiti dan harga berpatutan |
Ok guys... boleh lah ke sini sebab Tamu Tuaran memang menjanjikan pengalaman yang seronok dengan adanya pelbagai jenis barangan kampung ada dijual. Harga yang berpatutan dan anda boleh tawar-menawar. Tidak salah cuba... yang penting jauh perjalanan luas pandangan dan akhirnya banyak pengalaman dapat....
#Penafian: Pendapat & review adalah sebagai konten dan info serta dilakukan secara sukarela.
Comments
Post a Comment