MEMANCING IKAN LOKASI BAWAH JAMBATAN TUARAN

 


Hari ini tiba-tiba je nak pergi memancing. Maklum je masih cuti, so sebelum turun kerja esok aku bercadang untuk turun memancing.

Tapi mulanya aku bingung sikit kat mana hendak turun mancing. Fikir punya fikir, aku ambil keputusan pot baru. Tempat tu kira baru sebab tebing sungai telah dibuat tambatan baru...untuk elak tanah runtuh. Lagi pun bila aku lalu pulang dari kerja tempat ni ramai juga duduk-duduk kat situ.


Disebabkan aku kurang pasti nama dan lokasi tempat baru aku nak pergi ni, so aku screenshoot je melalui app google. Jika ada yang berminat, tempat ni di Daerah Tuaran dan sungai Tuaran. Di bawah jambatan jalan Tuaran ( Jalan Bolong).

Tempat ini senang dijumpai kerana sungai Tuaran ditepi jalan saja. Ada tempat parking yang luas, lalulintas tidak sesak dan kawasan untuk memancing juga luas. Kawasannya agak luas sebab tebing sungai ditambak dengan batuan besar untuk mengelakkan tebing runtuh.

 Tengok gambar atas ini, kawasan luas, bersih dan tebing sungai yang selamat dan sesuai untuk aktiviti memancing. Sepanjang sungai bersih dan selamat untuk kita memancing.

Cuma guys, disebabkan tempat ini masih baru dan pokok dibersihkan, so agak panas juga tapi ada juga pokok-pokok yang tinggal jika tidak mahu berpanas. Dan satu lagi kalau hendak membuang hajat terpaksalah pigi ke kedai-kedai berdekatan kerana tiada tandas disediakan. Juga jangan lupa bawa air dan makanan ringan sendiri. Tiada gerai berdekatan.

Ini gambar aku baru je sampai kat sini. Selfie dulu sebelum mancing. Harap-harap ada rezeki hari ini. Guys walaupun tempat ini lapang dan kurang pokok-pokok tetapi suasana sini damai dan angin sepoi-sepoi bertiup. Aku ke sini waktu petang, kira-kira pukul 4 petang so udara sejuk. Tapi kalau petang lagi ramai orang berkunjung ke sini untuk mancing dan duduk-duduk tebing sungai menikmati pemandangan sungai Tuaran.

Opps.. lupa nak beritahu, kat sini boleh tahan juga ikan-ikan yang ada. Ada ikan patin, lampan, baung dan ada juga labi-labi. Yang best lagi mancing udang pun ada. So bagi yang kaki pancing boleh datang ke sini. Boleh cuba mana tahu ada rezeki.

Tapi guys, satu je nasihat saya.. kalau pancing tu sangkut jangan cuba-cuba turun tebing atau masuk sungai sebab ada buaya. Setakat aku tulis ni tiada pulak yang kes kena baham, tapi menurut orang yang tinggal berdekatan, dorang pernah nampak kelibat sang bedal. So jangan cuba-cuba.

Ok guys..kalau hendak memancing boleh datang ke sini. Tempatnya baru tapi best, kawasan luas dan pemandangan sungai yang indah. Juga sesuai bagi orang-orang mencari idea untuk menulis.. try lah datang...

#Penafian : Pendapat & review adalah sebagai konten dan info serta dilakukan secara sukarela.

Comments

Popular posts from this blog

MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER