TOP 5 CLUB GOLF - MENUNGGANG SCOOTER DI CLUB GOLF TAMBUNAN SABAH

 

Perhentian sharing lokasi kali ini agak berbeza sedikit dengan tempat-tampat yang pernah aku kunjungi. Ini kerana sambil bercuti aku sempat melayan kawan-kawan kaki golf di Club Golf Tambunan Sabah.

Guys..kalau yang dari luar negeri Sabah, kalau hendak bercuti sambil bermain golf, Negeri Di Bawah Bayu adalah tempat yang sangat sesuai dan syurga bagi kaki golf. Ini kerana kebanyakan padang golf di Sabah berkualiti, mempunyai view yang sangat menarik dan mudah dikunjungi. Tambahan pula untuk pemain golf yang sukakan cabaran hebat, tentulah boleh memilih tempat beraksi mengikut lokasi pilihan sama ada ingin bermain di padang golf menghadap laut, di tanah tinggi atau pun di kaki Gunung Kinabalu. So sangat dialu-alukan guys.


Sebenarnya untuk sharing kali ini, aku tidak share tentang main golf sebaliknya hendak sharing tentang keunikan kemudahan iaitu scooter mengganti buggy seperti di tempat club golf yang lain. Tengok gambar di atas☝. Ini yang aku gunakan sepanjang aku bermain golf di sini. Kat sini ada menyediakan scooter yang mempunyai 3 tayar dan 2 tayar. Boleh pilih mana-mana yang sesuai.


Bagi aku, ini adalah kali pertama bermain golf dengan menaiki scooter. Selama ini hanya memandu buggy sahaja. Kita pandu scooter ini sama seperti menunggang motosikal. Awalnya agak susah juga aku kendali scooter ini. Selalu tunggang motosikal kacang je, tapi disebabkan baru pertama kali pandu guna tiga tayar, so simpang siur juga arah perjalanan aku. Selepas beberapa minit barulah okay dan selesa.

Tengok guys.. apa macam bergaya tak. Macam motor konvoi pula kan. Kelajuan scooter ini boleh tahan juga sama seperti kelajuan buggy. Yang bestnya tidak seperti buggy, berdua tetapi scooter kita tunggang secara solo saja. Tu sebab berselfie sakan ni atas scooter. Jarang-jarang ada kesempatan guna scooter untuk bermain golf. Kalau tidak silap, ini lah club golf yang menawarkan pemainnya menggunakan scooter untuk bermain golf. 

Club Golf Tambunan juga berada di kawasan tanah tinggi tetapi luas. So kawasan nya sedikit sejuk tetapi tidak dibandingkan dengan Mount Kinabalu Golf Club yang sangat sejuk cuaca nya sama seperti luar negara. (Kesempatan lain nanti aku share pula tempat itu).

Padang pula luas tetapi agak mencabar juga. Dengan adanya halangan seperti kolam, kawasan tinggi, pokok-pokok dan bunker . So kalau mahu cabaran dan keseronokan boleh datang ke Club Golf Tambunan.

#Penafian : Pendapat & review adalah sebagai konten dan info serta dilakukan secara sukarela.



Comments

Popular posts from this blog

MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER