TAMBAHAN CUTI UMUM - BERI IMPAK POSITIF DAN NEGATIF


Kredit : hyimpeeja
Baru-baru ini kita telah diberi pengumuman khas oleh Perdana Menteri iaitu cuti tambahan sempena perayaan. Pengumuman cuti tambahan ini atas perkiraan permintaan rakyat, persediaan perayaan dan memberi peluang untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta.

Ramai warga kota mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung, aktiviti berkhelah, jalan-jalan di tempat menarik dan meluangkan masa banyak dengan keluarga. Ini kerana cuti tambahan itu dilanjutkan dengan cuti hujung minggu. Jadi kira panjang juga cuti itu.
Namun begitu selepas pengumuman dibuat beberapa persoalan timbul dengan mempertikaikan langkah kerajaan ini dengan mengaitkan sebagai tindakan populis untuk memenangi rakyat. Dan golongan peniaga juga mempunyai suara-suara tindakan ini sebagai merugikan. Persoalan di sini adakah pengumuman tambahan cuti ini menimbulkan kontoversi dan membebankan. Dalam ruang komentar ini, saya cuba memberi pro dan kontra pertambahan cuti. Terpulang kepada individu untuk menilai dan memberi pendapat sebab tajuk ini hanya semata-mata untuk info, pendapat dan ruang fikir sahaja. Tidak mempunyai maksud untuk menyalah atau menyinggung mana-mana pihak.

Pada dasarnya, tambahan cuti umum tambahan ini telah memberi kesan positif dan negatif kepada ekonomi dan sosial. Tetapi ini sebagai perspektif diri saya sahaja. Namun ianya boleh memberi ruang kepada kita untuk berfkir lebih jauh untuk membuat andaian selanjutnya.

Dalam aspek positif, cuti tambahan yang diumumkan ini memberikan ruang kepada semua rakyat untuk menyediakan diri, peralatan dan balik kampung lebih awal untuk menyambut perayaan. Dengan persediaan yang cukup, memberikan ruang kepada kita untuk merancang perjalanan pulang dengan lebih selamat. Begitu juga persediaan diri untuk menyambut perayaan dengan tidur yang cukup, emosi dan mental yang bersedia. Dan persediaan peralatan tersedia seperti sudah disusun, siap masak dan sedia dihidangkan menjelang perayaan. Tidaklah sebelum ini perayaan disambut semasa kita sampai di kampung halaman. Sangat memenatkan jika kampung jauh dari ibu kota.

Kesan positif juga memberi tempias kepada ekonomi. Peniaga-peniaga dapat durian runtuh kerana ramai orang berkunjung membeli barang-barang untuk persediaan perayaan. Ramai pembeli datang untuk membeli kerana mereka bersedia dan banyak bahan-bahan kuih muih untuk dibeli. Selalunya di musim perayaan begini peniaga mendapat untung besar.

Begitu juga sektor pelancongan. Dengan cuti tambahan ini, walaupun ramai bercuti untuk tujuan beraya, trend di Malaysia selain beraya, penduduk akan mengambil peluang untuk pergi ke tempat-tempat menarik. Seterusnya akan terkait dalam aspek pembelian makanan, pakaian dan hiasan. Semua ini memberi pertumbuhan ekonomi yang positif, iaitu meningkatkan pengeluaran pengguna dan menghasilkan keuntungan bagi peniaga.

Bagi aspek negatif pula, cuti tambahan ini akan menyebabkan produktiviti terjejas dengan kata lain akan memperlahankan produktiviti dan mengganggu proses perjalanan perniagaan serta perekonomian secara keseluruhannya.

Para peniaga akan menanggung beban dari segi kos tambahan seperti membayar gaji lebih masa, kilang tutup menyebabkan pengeluaran produk terbantut. Cuti yang panjang juga memberi daya tahap energi yang kurang bila mulai bekerja semula kerana masih mod beraya atau cuti. Mungkin pihak pembaca juga mempunyai senarai negatif dalam fikiran masing-masing.

Namun hakikatnya kerajaan dan peniaga serta diri kita sendiri sentiasa cuba untuk meminimumkan kesan negatif dengan mempersiapkan dan strategi untuk mengatasi kesannya serta mengoptimumkan kesan positifnya. Sebenarnya bagaimana kita membuat andaian adalah bergantung kepada diri kita untuk manfaatkan cuti ini. Memang kita tidak lari dari perspektif positif dan negatif sebab kedua-duanya mempunyai daya tarikan dan tolakan masing-masing.

Dapatlah kita simpulkan bahawa impak kepada tambahan cuti umum ini banyak bergantung kepada faktor dan manfaatnya kepada pelbagai pihak. Kesan positif dan negatif itu bergantung kepada  perspektif individu dan masyarakat amnya. Terpulang kepada kita untuk menangani atau mengatasi dan juga manfaat kesannya. Apa yang pasti pelaksanaan dan pemberian tambahan cuti ini memberi satu perubahan fenomena kepada kitaran sama ada sosial dan ekonomi.

# Penafian : Pendapat dan idea adalah pandangan penulis sahaja untuk tujuan konten serta sharing.

Comments

Popular posts from this blog

MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

CAMPING DI BABAGON TAGAL RIVER