Posts

ARNAB VILLAGE KUNDASNG - TOP 10 TEMPAT YANG PERLU DIKUNJUNGI

Image
Kredit : KundasangMy Pintu Masuk dan kaunter pendaftaran Arnab Village Antara top 10 tempat menarik di Sabah adalah Arnab Village Kundasang. Tempat ini walaupun jauh dari Bandar Kota Kinabalu, tetapi jika anda berkunjung ke kaki gunung Kinabalu amat rugi untuk tidak singgah di Arnab Village Kundasang. Lagi pula tempat ini boleh kita google lokasinya jika belum mahir ke tempat ini. So kesempatan ini, aku akan share pengalaman aku ke sini tahun lepas bersama-sama keluarga dengan memaparkan beberapa gambar yang sempat aku ambil. Jom.. kita sharing... Anak perempuan aku sedang bergaya depan pintu masuk Pintu Masuk Arnab Village Depan pintu masuk, kami sekeluarga disambut oleh petugas dengan senyuman sambil mununjukkan arah tempat pendaftaran. Proses pendaftaran mudah dan cepat, kebetulan kami sampai masih awal. Sebelum kita dibenarkan masuk, perlu membayar yuran mengikut kadar yang ditetapkan. Bagi pelawat yang ingin masuk ke semua tempat iaitu Cat House, Arnab, Anggur Village dan Hamster

Tentang Saya

Image
Nama : Azman  Ismail Pekerjaan : Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Hobi : Bermain Golf, Menulis dan mengambil gambar pemandangan Email : azmanismail2069@gmail.com Blog : Menulis tentang pengalaman sendiri di tempat-tempat menarik. Juga mengulas isu- isu dengan pendapat sendiri. Perkhidmatan : Menjual ebook dan membuat review barang dan tempat-tempat percutian. Sila berhubung dengan saya melalui email atau hp.

TOP 5 CLUB GOLF - MENUNGGANG SCOOTER DI CLUB GOLF TAMBUNAN SABAH

Image
  Perhentian sharing lokasi kali ini agak berbeza sedikit dengan tempat-tampat yang pernah aku kunjungi. Ini kerana sambil bercuti aku sempat melayan kawan-kawan kaki golf di Club Golf Tambunan Sabah. Guys..kalau yang dari luar negeri Sabah, kalau hendak bercuti sambil bermain golf, Negeri Di Bawah Bayu adalah tempat yang sangat sesuai dan syurga bagi kaki golf. Ini kerana kebanyakan padang golf di Sabah berkualiti, mempunyai view yang sangat menarik dan mudah dikunjungi. Tambahan pula untuk pemain golf yang sukakan cabaran hebat, tentulah boleh memilih tempat beraksi mengikut lokasi pilihan sama ada ingin bermain di padang golf menghadap laut, di tanah tinggi atau pun di kaki Gunung Kinabalu. So sangat dialu-alukan guys. Sebenarnya untuk sharing kali ini, aku tidak share tentang main golf sebaliknya hendak sharing tentang keunikan kemudahan iaitu scooter mengganti buggy seperti di tempat club golf yang lain. Tengok gambar di atas☝. Ini yang aku gunakan sepanjang aku bermain golf di si

MENIKMATI SUNSET DI SYAHBANDAR BEACH TUARAN

Image
  Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan jolokan negeri di bawah bayu"  kerana mempunyai pelbagai keindahan alam. Antaranya adalah keindahan pemandangan matahari terbenam yang sangat indah dan memukau. Lokasi yang terkenal di negeri ini seperti Pantai Tanjung Aru dan Tanjung Lipat. Manakala tempat yang aku share ini adalah Pantai Syahbandar Tuaran. Bagi pemburu pemandangan sunset , Pantai Syahbandar ini adalah sunset yang sangat memukau bagi aku. Untuk sampai ke Pantai Syahbandar ini adalah lebih kurang 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu menuju ke Tuaran. Kita boleh menaiki grab, teksi mahupun memandu sendiri. Pantai ini juga dihubungi jalan raya hingga ke tepi pantai. Lokasi Pantai Syahbandar ini tidak seramai pengunjung Pantai Tanjung Aru dan Pantai Tanjung Lipat tetapi jika berkunjung ke sini pasti meninggalkan kenangan indah kerana anda akan disajikan dengan pemandangan matahari yang sangat mengkagumkan. Sangat indah dan memukau jiwa untu

MENJADI TUA SATU KEPASTIAN TETAP SIHAT ADALAH PILIHAN

Image
  Kita manusia yang diciptakan oleh Tuhan, tua merupakan satu kepastian. Semua yang hidup di dunia ini akan menghadapi hari tua tidak kira berapa lama kita boleh bertahan untuk hidup. Apabila kita sudah berada di peringkat tua, terdapat pelbagai perubahan akan berlaku dalam diri. Antara perubahan yang pasti adalah aspek fizikal, psikologi dan sosial. Berdasarkan statistik, penduduk Malaysia rata-rata mampu untuk hidup sekitar 79 untuk lelaki dan 80 tahun untuk kaum perempuan. Ketua Perangkaan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahadin (Metro Julai 2022 - Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia Meningkat), menjelaskan bahawa Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada tahun 2030 dengan peratus penduduk umur 60 tahun ke atas akan mencapai 15.3 peratus daripada jumlah penduduk. Tambahnya lagi taburan struktur umur untuk tempoh 1970-2020, peratus kanak-kanak bawah umur 15 tahun (umur muda) berlaku penurunan daripada 44.9 peratus pada tahun 1970 kepada 24 peratus pada tahun 2020. Trend penurunan um

GEMPA BUMI BESAR BAKAL TERJADI DI MALAYSIA MENURUT PAKAR

Image
 GEMPA BUMI BESAR BAKAL TERJADI DI MALAYSIA MENURUT PAKAR Kredit : Iluminasi Gempa bumi berlaku di Malaysia!!!!. Baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan para pakar mengatakan bahawa negara kita Malaysia tidak terkecuali akan berlakunya gempa bumi besar. Gempa bumi ini boleh menyebabkan kerosakan besar terhadap negara kita. Adakah kita mempercayai, adakah kita sudah bersedia, adakah kita tahu cara untuk menghadapinya dan adakah kita berserah saja kepada Tuhan?. Untuk konten kali ini, beberapa aspek kenapa berlaku, apakah persediaan dan bagaimana menghadapi bencana yang tidak terjangka akan berlaku di negara kita. Sebelum ini kita sering membaca bahawa negara kita Malaysia terletak pada zon selamat iaitu zon lingkaran api pasifik. Menurut pakar iaitu Profesor Dr Azlan Adnan, Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memberi amaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa negara kita akan berlaku gempa bumi b

KENALI 10 TEMPAT MENARI DI SABAH - PANORAMA DI ABADI FISHING PLATFORM TUARAN

Image
  Kesempatan ini saya hendak berkongsi tentang pengalaman dan keindahan ciptaan Tuhan di Abadi Fishing Platform Tuaran Sabah. Gambar-gambar yang aku kongsi ini adalah semasa aku memancing kat Abadi Fishing Platform. Sambil duduk-duduk menunggu pancing, aku ambillah gambar yang aku rasa sangat cantik dan perlu aku share dengan kamu orang. Abadi Seafood Restaurant Homestay & Fishing Platform Terayung Tuaran Sabah Waktu Operasi Restaurant 11.00 pagi - 10.00 malam SETIAP ISNIN CUTI KECUALI PUBLIC HOLIDAY Waktu Operasi Pancing 24 jam dibuka SETIAP ISNIN CUTI KECUALI PUBLIC HOLIDAY Ok  terus ja share pengalaman aku datang memancing ke sini. First, sebelum masuk kita perlu mendaftar di kaunter dengan yuran RM10 untuk aktiviti memancing. Tapi kalau hendak menjamu salera terus je masuk . Kat Abadi Fishing Platform ini, bukan sahaja menyediakan platform untuk memancing, juga menyediakan restauran terapung dan juga homestay terapung. Sangat best dan mempunyai panorama yang sangat cantik. Next