ARNAB VILLAGE KUNDASNG - TOP 10 TEMPAT YANG PERLU DIKUNJUNGI
Kredit : KundasangMy Pintu Masuk dan kaunter pendaftaran Arnab Village Antara top 10 tempat menarik di Sabah adalah Arnab Village Kundasang. Tempat ini walaupun jauh dari Bandar Kota Kinabalu, tetapi jika anda berkunjung ke kaki gunung Kinabalu amat rugi untuk tidak singgah di Arnab Village Kundasang. Lagi pula tempat ini boleh kita google lokasinya jika belum mahir ke tempat ini. So kesempatan ini, aku akan share pengalaman aku ke sini tahun lepas bersama-sama keluarga dengan memaparkan beberapa gambar yang sempat aku ambil. Jom.. kita sharing... Anak perempuan aku sedang bergaya depan pintu masuk Pintu Masuk Arnab Village Depan pintu masuk, kami sekeluarga disambut oleh petugas dengan senyuman sambil mununjukkan arah tempat pendaftaran. Proses pendaftaran mudah dan cepat, kebetulan kami sampai masih awal. Sebelum kita dibenarkan masuk, perlu membayar yuran mengikut kadar yang ditetapkan. Bagi pelawat yang ingin masuk ke semua tempat iaitu Cat House, Arnab, Anggur Village dan Hamster